Posts

Showing posts with the label Tip

Elak PONC Agar Program Mula Tepat Masa!

Image
Pegawai HR tersebut tiba 15 minit awal bersama pembantunya. Si pembantu tangkas cuba menyambung laptop yang dibawanya ke projector LCD yang tersedia. Tiba-tiba kelihatan si pembantu seperti tercari-cari sesuatu, habis semua beg yang dibawa digeledahnya. Si pegawai perasan, lantas bertanya kenapa. Si pembantu menjawab “Saya terlupa bawa power cable laptop bos. Seingat saya, saya tak pernah keluarkan cable tu dari beg ini.” Spontan si pegawai menjawab “PONC!”. Lantas taklimat terpaksa ditunda 30 minit dari waktu asal bagi membolehkan si pembantu mencari power cable lain. Kisah benar ini berlaku sewaktu saya menghadiri taklimat sebagai eksekutif baru sebuah syarikat multinasional lebih 20 tahun lepas. Saat itu, saya teruja untuk tahu apa itu PONC? Rupanya, ada harga yang perlu anda bayar akibat tidak cekap, cuai atau sambil lewa dalam kerja. Itulah falsafah PONC (price of non-conformance) yang saya pelajari dan sejak itu, amalkan. Ambil contoh kes di atas. Akibat mula lewat, ada kandungan...

Kenapa training tak padu?

Image
  Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera Kenapa training tak padu? Maksud saya, training yang dibuat tak capai objektifnya. Tidak berlaku pelarasan tingkahlaku (behavior modification) dan peserta training kekal di takuk lama. Mungkin antara puncanya ialah gangguan mikro dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa training. Gangguan ini boleh berlaku secara fizikal dan psikologikal. Contoh gangguan fizikal; Panas Bunyi bising dari luar bilik latihan Bilik latihan suram Suara trainer putus-putus (biasanya masalah bateri mikrofon) Bilik sempit Gangguan psikologikal pula berkaitan emosi peserta antaranya seperti; Penat (kepenatan mencari lokasi tarining) Tiada mood (terpaksa hadir) Jantina (bilangan peserta tak seimbang) Risau (fikir hal-hal peribadi, pejabat) Rimas (tidak selesa terikat jadual) Oleh sebab itu, penting untuk para trainer memastikan iklim training betul-betul kondusif sebelum memulakan sesi training. Seorang trainer yang profesional tidak harus mengambil sikap ‘asa...