Kenapa training tak padu?

 


Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera

Kenapa training tak padu? Maksud saya, training yang dibuat tak capai objektifnya. Tidak berlaku pelarasan tingkahlaku (behavior modification) dan peserta training kekal di takuk lama.

Mungkin antara puncanya ialah gangguan mikro dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa training.

Gangguan ini boleh berlaku secara fizikal dan psikologikal. Contoh gangguan fizikal;
  • Panas
  • Bunyi bising dari luar bilik latihan
  • Bilik latihan suram
  • Suara trainer putus-putus (biasanya masalah bateri mikrofon)
  • Bilik sempit
Gangguan psikologikal pula berkaitan emosi peserta antaranya seperti;
  • Penat (kepenatan mencari lokasi tarining)
  • Tiada mood (terpaksa hadir)
  • Jantina (bilangan peserta tak seimbang)
  • Risau (fikir hal-hal peribadi, pejabat)
  • Rimas (tidak selesa terikat jadual)
Oleh sebab itu, penting untuk para trainer memastikan iklim training betul-betul kondusif sebelum memulakan sesi training.

Seorang trainer yang profesional tidak harus mengambil sikap ‘asal ada tempat! Yang penting peserta boleh dengar apa yang aku nak cakap.’ Training bukan konsert, seorang bersuara yang lain dengar. Training melibatkan proses pemikiran dan penaakulan.

Semoga tip kecil ini bermanfaat untuk memantapkan lagi sesi training anda selepas ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Pengurus
BILIK SEMINAR SAFY
@Nilai Square
Nilai, Negeri Sembilan

Popular posts from this blog

JOM ANJUR DI SINI..

Pakej Sewa Flexi - Istimewa Bulan Kemerdekaan 2024