KELAS TERAPI STRES SAFY


KELAS TERAPI STRES SAFY
"Legakan Stres Kerja Melalui Aktiviti Santai; Terapi Relaksasi"


Lelah hadapi stres di pejabat setiap hari? Kerja memang tak pernah selesai. Masalah pula datang silih berganti. Lebih parah, tak semua orang faham apa yang anda lalui dan rasa.

Kenapa biarkan diri anda berterusan menanggung stres? Tak perlu lari dari masalah sebab masalah tetap akan datang ke mana pun kita pergi. Tapi carilah jalan untuk kuatkan minda dan jiwa agar anda boleh hadapi setiap masalah dengan tenang.

Kelas terapi relaksasi ini bertujuan membantu anda yang kelelahan bekerja untuk rehatkan fikiran, tenangkan perasaan dan kurangkan tekanan. Supaya esok, anda bangkit lebih sihat, cerdas dan produktif. Anda gembira, keluarga bahagia. Insya Allah

Tarikh:
6 OKTOBER 2024 (AHAD)

Masa:
9.00 PAGI - 12.00 T.HARI

Tempat:
BILIK SEMINAR SAFY NILAI SQUARE

Yuran Penyertaan:
RM50 SEORANG
RM90 JIKA HADIR BERSAMA PASANGAN


APA ANDA DAPAT JIKA HADIRI KELAS INI?
1) Buat aktiviti terapi yang boleh redakan stres;
2) Fikiran dan tenaga jadi lebih segar;
3) Jadi lebih bersemangat dan produktif;
4) Tahu cara kenal pasti bila stres menyerang; dan
5) Tahu tip dan cara kendali stres dengan lebih bijak.

KELAS INI SESUAI UNTUK SIAPA?
Sesiapa sahaja yang berasa diri sedang atau mudah stres akibat kerja.

PEMBIMBING
Fuad Che E atau nama sebenar M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak merupakan perunding motivasi berpengalaman yang telah mengendalikan pelbagai kursus motivasi untuk lebih 30 ribu peserta di seluruh negara sejak 2004 di bawah pusat motivasi dan kaunseling beliau sendiri Asas Insan Resources & Training.

Modul Kelas Terapi Stres SAFY ini adalah hasil garapan pengalaman beliau mengendalikan pelbagai program pengurusan stres untuk kakitangan kerajaan, swasta, universiti dan sekolah. Menyedari fakta bahawa tidak semua majikan menyediakan program pengurusan stres untuk kakitangan dan stres yang tidak terbendung pula boleh menyebabkan rumah tangga bergolak, maka beliau menyusun kelas ini bagi memberi peluang kepada golongan pekerja hadir sendiri program yang bermanfaat ini untuk kebaikan diri dan keluarga.

JOM Healing! Cara nak sertai?
Daftar nama melalui borang daftar online, sila klik link ini;
https://bit.ly/KelasTerapiStresSAFY
https://bit.ly/KelasTerapiStresSAFY
https://bit.ly/KelasTerapiStresSAFY

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 013-9219344.

Selamat Berterapi. Jumpa anda di sana!

Terima kasih

KELAS TERAPI STRES SAFY
AKADEMI KELUARGA SAFY
Nilai Square
Nilai, Negeri Sembilan

Popular posts from this blog

JOM ANJUR DI SINI..

Pakej Sewa Flexi - Istimewa Bulan Kemerdekaan 2024