Jom Sertai Kelas Motivasi Parenting SAFY



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه

Dek kerana ia bersifat dalaman, ramai ibubapa ‘terlupa’ tentang keperluan psikologi anak-anak. Itu sebab dalam banyak keadaan apabila tersedar ia sudah terlewat.

Terlupa menyediakan kepeluan ini pada peringkat umur yang sepatutnya boleh mengakibatkan anak memberontak apabila remaja atau dewasa. Padahal, keperluan dalaman ini amat mudah disediakan.

Bermain. Ya semudah itu. Fitrah anak-anak akan melalui ‘dunia bermain’ pada peringkat awal tumbesaran sekitar usia 1-7 tahun. Ini fasa penting yang ramai ibubapa terlepas peluang.

Ramai anggap bermain itu hal remeh, ‘budak-budak’ dan tidak penting lantas bermain acuh tak acuh sahaja dengan anak-anak. Sedangkan ia nikmat anugerah Tuhan yang amat berharga yang datang sekali sahaja dalam hidup kita. Rugi besar melepaskan saat itu berlalu begitu sahaja.

Mari sertai kelas motivasi praktikal ini untuk ketahui teknik-teknik bermain dengan anak yang bagus, mudah dan menarik. Boleh lihat juga apa terjadi pada jiwa anak-anak apabila ‘hal remeh’ ini kita abaikan.

Apa kesan apabila anda main bersungguh-sungguh dengan anak-anak;

1) Anak akan lihat anda sebagai ‘Super Hero’.
2) Anak percaya dia disayangi dan dihargai.
3) Hubungan anak-ibubapa jadi rapat.
4) Tahap percaya diri anak meningkat.
5) Anak jadi lebih pintar dan kreatif.
6) Anak lebih pandai berinteraksi dan berkawan.
7) Tahap daya saring (menolak unsur negatif) anak lebih kuat.
8) Anak lebih berdaya tahan (resilience) hadapi situasi mencabar.

Selepas ini mainlah bersungguh-sungguh dengan mereka dan lihatlah sendiri hasilnya. Jom sertai kelas ini. Belajar sekali manfaatnya sepanjang hayat, insya Allah.

Kelas ini amat sesuai disertai oleh;
· Pasangan yang baru berkahwin
· Pasangan yang bakal menimang cahaya mata
· Ibubapa kepada anak-anak berusia 1-7 tahun
· Ibubapa kepada anak-anak berusia 7-12 tahun

Kelas ini dikendalikan Fuad Che E atau nama sebenar M. K. Fuad Hj. Che Ab. Razak yang merupakan perunding motivasi berpengalaman. Beliau yang pernah bertugas sebagai peguam telah mengendalikan pelbagai kursus motivasi untuk lebih 30 ribu peserta di seluruh negara sejak 2004 di bawah pusat motivasi dan kaunseling beliau sendiri Asas Insan Resources & Training.

Selain mengendalikan program-program motivasi, bapa kepada empat orang anak berusia 13-24 tahun ini juga mengendalikan sesi bimbingan motivasi personal (life coaching) untuk individu, suami-isteri dan ibubapa yang memerlukan bimbingan bagi meningkatkan tahap motivasi dan kemahiran khusus dalam mengurus perhubungan dalam keluarga.

Kelas Motivasi Parenting ini beliau kendalikan secara interaktif, berbentuk perkongsian hati ke hati, terbuka dan praktikal. Insya Allah setiap isu yang diajukan akan diulas sebaik mungkin agar para peserta mendapat panduan terbaik dalam memikul tugas mulia sebagai ibubapa yang baik.

Tarikh:
20 OKTOBER 2024 | SABTU

Masa:
9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

Tempat:
BILIK SEMINAR SAFY NILAI SQUARE

Yuran:
RM50 SEORANG
RM90 (Jimat 10% jika hadir berpasangan)


Jom daftar sebelum tempat penuh. Sila klik link ini untuk daftar penyertaan (Google form);
https://bit.ly/KelasParentingSAFY
https://bit.ly/KelasParentingSAFY
https://bit.ly/KelasParentingSAFY


Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 013-9219344.

Semoga panduan dan inspirasi yang dikongsi nanti dapat membantu anda menjadi ibubapa yang kreatif, ‘cool’ dan memahami, dambaan anak-anak. Insya Allah jumpa anda di sana.

TERIMA KASIH

KELAS MOTIVASI PARENTING SAFY
AKADEMI KELUARGA SAFY
Nilai, Negeri Sembilan
013-9219344
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Jemput berbagi info kelas ini kepada kenalan agar ramai beroleh manfaat.

Popular posts from this blog

JOM ANJUR DI SINI..

Pakej Sewa Flexi - Istimewa Bulan Kemerdekaan 2024