Posts

Showing posts from May, 2024

Kenapa training tak padu?

Image
  Assalamu ‘alaikum & Salam Sejahtera Kenapa training tak padu? Maksud saya, training yang dibuat tak capai objektifnya. Tidak berlaku pelarasan tingkahlaku (behavior modification) dan peserta training kekal di takuk lama. Mungkin antara puncanya ialah gangguan mikro dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa training. Gangguan ini boleh berlaku secara fizikal dan psikologikal. Contoh gangguan fizikal; Panas Bunyi bising dari luar bilik latihan Bilik latihan suram Suara trainer putus-putus (biasanya masalah bateri mikrofon) Bilik sempit Gangguan psikologikal pula berkaitan emosi peserta antaranya seperti; Penat (kepenatan mencari lokasi tarining) Tiada mood (terpaksa hadir) Jantina (bilangan peserta tak seimbang) Risau (fikir hal-hal peribadi, pejabat) Rimas (tidak selesa terikat jadual) Oleh sebab itu, penting untuk para trainer memastikan iklim training betul-betul kondusif sebelum memulakan sesi training. Seorang trainer yang profesional tidak harus mengambil sikap ‘asal ad

Kelas Iqra' Dewasa @SAFY Nilai Square

Image
KELAS IQRA' DEWASA @SAFY Nilai Square Alhamdulillah Bilik Seminar SAFY Nilai Square akan menganjurkan kelas ini khusus untuk membantu orang dewasa yang tak lancar atau belum pandai membaca Al-Quran. Kita LUPAKAN masa lalu dan KETEPIKAN rasa malu. Biarlah belajar dari IQRA’ (basic), yang penting nanti dapat membaca Al-Quran dengan LANCAR. Barulah YAKIN nak ajak ahli keluarga sama-sama membaca Al-Quran. ✅ Kelas ini sesuai untuk orang yang bekerja dan pesara sebab; ✔️ 1 kali sahaja seminggu ✔️ Malam, hanya 1 jam ✔️ Tak ramai peserta ✅ Dihadkan 15 orang sahaja supaya; ▪️ Peserta mudah nak bertanya ▪️ Lebih privasi ▪️ Suasana belajar lebih selesa ✅ Kelas ini menggunakan teknik adult training & coaching yang mudah faham dan seronok berbeza dari kelas mengaji biasa. 💥 KELAS KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN 💥 Sila klik link ini untuk mendaftar:  https://bit.ly/KelasIqraDewasaSAFY __________ Kami sediakan 2 kategori kelas; KELAS [A] Untuk individu yang belum pandai baca Al-Quran (conto